Tuesday, 28 August 2012

I love my job?

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya rasa letih btol. Bukan letih fizikal, tapi letih otak. Kerja sebagai pensyarah bukan setakat mengajar, tapi kne jugak buat research and consultation. Bila fikirkan kerja2 hakiki saya ni, saya dah mula risau. Sebab tahun ni nampak gayanya apa yang saya target tak tercapai-capai lagi. Dah bulan September nih...lagi 3 bulan tahun nak abis. Risau...risau...

Masa saya kecil, saya tak ada specific ambition. tiap2 tahun mesti tukar cita-cita. rasa2 pekerjaan tu cam cool jek untuk disebut, saya pun bitau la cikgu itu cita2 saya bila cikgu tanya apa cita-cita saya. Kadang2 nak jadi lawyer, kadang2 nak jadi hakim, kadang2 nak jadi doktor...macam2 la.

Saya terceburkan diri dalam dunia psikologi dan kaunseling ini pun secara tidak sengaja. Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya terjebak dalam dunia yang interesting dan saya minat. Kalau la tetibe tercampak kat course2 yang tak diminati, camner la agaknye hidup saya. Mungkin pas abis degree saya amek keputusan kawen and dok umah jek. Nak face stress kerja yang kita suka pun kekadang sakit pale, apetah lagi kalo keje yang mmg kita tak minat kan?

Ok, hari ni saya nak kongsikan mengenai minat kerjaya. Merujuk kepada Super Theory oleh Donald Super (1954), remaja (14-18thn) kebiasaannya akan melalui satu stage yang dipanggil crystallization stage, di mana pada peringkat ini remaja telah mula form ideas untuk kerjaya mereka yang mereka fikirkan sesuai dengan diri mereka. tapi dalam peringkat nih mereka masih kabur2, sebab tu dipanggil "crystallization". Maknanya, masih mencari-cari pilihan yang sesuai.

Kemudian, seseorang itu akan melalui peringkat specification, di mana pada waktu ini dah ada satu kerjaya yang betul2 menjadi pilihan hati. Biasanya dalam lingkungan umur 18-21. Time ni pun slalunye org masuk university kan? so mmg pilihan dier la nak jadi ape berdasarkan course/program yang dia enroll. Then masuk ke peringkat implementation, iaitu peringkat seseorang "implement" cita-cita die. maknanye keje la tu ;) umur dalam lingkungan 21-24. Time nih dah grad uni kan? so, keje la plak...

Next adalah peringkat stabilization. pringkat di mana seseorang dah keje and cuba menstabilkan kerjayanya. umur lingkungan 25-35. dalam peringkat ni la org tukar2 keje, atau stay kat satu tempat bila rasa selesa. Pendek kata time nih biasanya orang akan mempertimbangkan career path, sesuai ke untuk membela masa depan, recheck betul ke sesuai dengan current interest (kekadang minat manusia kan berubah2), etc. Ni la peringkat saye skang :P saye lom masuk peringkat consolidation, & readiness to retirement lagi. hoho~

Peringkat-peringkat yang dilalui tidak semestinya berdasarkan umur. ader orang melalui stage yang berbeza dalam umur2 tertentu. ada yang cepat, ada yang lambat. bergantung dengan rezeki masing2. Buat masa ni saya masih mengikut peringkat umur yang tertulis dalam teori nih. tak tau la in future kot2 stabilization stage saye nih terpanjang plak ke? ngeeee~

Berbalik kepada topik, minat kerjaya - benda yang kebanyakan org akan reconsider dalam stage stabilization nih. Minat terhadap kerjaya adalah SANGAT penting sbb kita spend most of out time at workplace (percaya atau tidak?). Seminggu kerja 5 hari - satu hari kerja 8-9jam. 5 hari dah 40-45 jam. Kalau kata kita unhappy with our job, maknanya terpaksa la kita melalui saat tak happy selama 45 jam seminggu.

Memandangkan stress dan kerjaya umpama isi dan kuku, haruslah ada minat yang menstabilkan atau me-neutral-kan keadaan. sebab dgn adanye minat, even stress pun kita still bleh bertahan sebab minat.

Minat boleh mendorong kita untuk berjaya dalam kerjaya. itu yang saya percaya. saya ada seorang best friend yang sangat suke kerja-kerja kreatif nih. menjahit paling dier suka. memula dier keje kat bank. patu asek ngadu stress jek. last2 dier berenti keje and end up dengan business online buat diaper cake la, personalized items la, cupcake la..macam2. saya tengok dier cam happy jek. jauh lebih happy dr time dier keje ngan bank dlu. lepak2 kat umah wat keje dier suka. paling best sbb minat, dier skang dah maju. siap masuk TV, buat tempahan untuk Siti Nurhaliza & wedding Fasha Sandha. best jek!

Saye plak? ntah...kekadang rasa cam minat. kekadang rasa nak jadi suri rumah tangga :P sesekali mendapat good feedback cam nih, bertiup la jugak motivasi nak keje yang kadang2 layu di tasik madu~

:P



LOL~




Tengok la berapa lama saya boleh bertahan...Haha!

*Entry kali nih adalah entry luahan perasaan. Tak de tips sangat untuk dikongsi. Anyway, jaga diri! :D







   

No comments:

Post a Comment