Tuesday 28 August 2012

I love my job?

Assalamualaikum semua!

Hari ni saya rasa letih btol. Bukan letih fizikal, tapi letih otak. Kerja sebagai pensyarah bukan setakat mengajar, tapi kne jugak buat research and consultation. Bila fikirkan kerja2 hakiki saya ni, saya dah mula risau. Sebab tahun ni nampak gayanya apa yang saya target tak tercapai-capai lagi. Dah bulan September nih...lagi 3 bulan tahun nak abis. Risau...risau...

Masa saya kecil, saya tak ada specific ambition. tiap2 tahun mesti tukar cita-cita. rasa2 pekerjaan tu cam cool jek untuk disebut, saya pun bitau la cikgu itu cita2 saya bila cikgu tanya apa cita-cita saya. Kadang2 nak jadi lawyer, kadang2 nak jadi hakim, kadang2 nak jadi doktor...macam2 la.

Saya terceburkan diri dalam dunia psikologi dan kaunseling ini pun secara tidak sengaja. Tapi alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya terjebak dalam dunia yang interesting dan saya minat. Kalau la tetibe tercampak kat course2 yang tak diminati, camner la agaknye hidup saya. Mungkin pas abis degree saya amek keputusan kawen and dok umah jek. Nak face stress kerja yang kita suka pun kekadang sakit pale, apetah lagi kalo keje yang mmg kita tak minat kan?

Ok, hari ni saya nak kongsikan mengenai minat kerjaya. Merujuk kepada Super Theory oleh Donald Super (1954), remaja (14-18thn) kebiasaannya akan melalui satu stage yang dipanggil crystallization stage, di mana pada peringkat ini remaja telah mula form ideas untuk kerjaya mereka yang mereka fikirkan sesuai dengan diri mereka. tapi dalam peringkat nih mereka masih kabur2, sebab tu dipanggil "crystallization". Maknanya, masih mencari-cari pilihan yang sesuai.

Kemudian, seseorang itu akan melalui peringkat specification, di mana pada waktu ini dah ada satu kerjaya yang betul2 menjadi pilihan hati. Biasanya dalam lingkungan umur 18-21. Time ni pun slalunye org masuk university kan? so mmg pilihan dier la nak jadi ape berdasarkan course/program yang dia enroll. Then masuk ke peringkat implementation, iaitu peringkat seseorang "implement" cita-cita die. maknanye keje la tu ;) umur dalam lingkungan 21-24. Time nih dah grad uni kan? so, keje la plak...

Next adalah peringkat stabilization. pringkat di mana seseorang dah keje and cuba menstabilkan kerjayanya. umur lingkungan 25-35. dalam peringkat ni la org tukar2 keje, atau stay kat satu tempat bila rasa selesa. Pendek kata time nih biasanya orang akan mempertimbangkan career path, sesuai ke untuk membela masa depan, recheck betul ke sesuai dengan current interest (kekadang minat manusia kan berubah2), etc. Ni la peringkat saye skang :P saye lom masuk peringkat consolidation, & readiness to retirement lagi. hoho~

Peringkat-peringkat yang dilalui tidak semestinya berdasarkan umur. ader orang melalui stage yang berbeza dalam umur2 tertentu. ada yang cepat, ada yang lambat. bergantung dengan rezeki masing2. Buat masa ni saya masih mengikut peringkat umur yang tertulis dalam teori nih. tak tau la in future kot2 stabilization stage saye nih terpanjang plak ke? ngeeee~

Berbalik kepada topik, minat kerjaya - benda yang kebanyakan org akan reconsider dalam stage stabilization nih. Minat terhadap kerjaya adalah SANGAT penting sbb kita spend most of out time at workplace (percaya atau tidak?). Seminggu kerja 5 hari - satu hari kerja 8-9jam. 5 hari dah 40-45 jam. Kalau kata kita unhappy with our job, maknanya terpaksa la kita melalui saat tak happy selama 45 jam seminggu.

Memandangkan stress dan kerjaya umpama isi dan kuku, haruslah ada minat yang menstabilkan atau me-neutral-kan keadaan. sebab dgn adanye minat, even stress pun kita still bleh bertahan sebab minat.

Minat boleh mendorong kita untuk berjaya dalam kerjaya. itu yang saya percaya. saya ada seorang best friend yang sangat suke kerja-kerja kreatif nih. menjahit paling dier suka. memula dier keje kat bank. patu asek ngadu stress jek. last2 dier berenti keje and end up dengan business online buat diaper cake la, personalized items la, cupcake la..macam2. saya tengok dier cam happy jek. jauh lebih happy dr time dier keje ngan bank dlu. lepak2 kat umah wat keje dier suka. paling best sbb minat, dier skang dah maju. siap masuk TV, buat tempahan untuk Siti Nurhaliza & wedding Fasha Sandha. best jek!

Saye plak? ntah...kekadang rasa cam minat. kekadang rasa nak jadi suri rumah tangga :P sesekali mendapat good feedback cam nih, bertiup la jugak motivasi nak keje yang kadang2 layu di tasik madu~

:P



LOL~




Tengok la berapa lama saya boleh bertahan...Haha!

*Entry kali nih adalah entry luahan perasaan. Tak de tips sangat untuk dikongsi. Anyway, jaga diri! :D







   

Thursday 23 August 2012

Duit Raya ;D

Assalamualaikum & salam sejahtera ;)

Minggu raya dah hampir sampai ke penghujung. Bagi golongan kanak2, pasti kegembiraan dirasakan bukan sahaja kerana berbaju dan berkasut baru, tetapi juga kerana DUIT RAYA! ;D  masa kecik2 dulu, slalu kumpul dengan cousins and kira duit raya sape paling banyak. Time tu org bagi syiling2 jer. Jarang nak dapat duit kertas seringgit. Kalo dapat mmg heaven la! Slalunye seposen, doposen, lima posen....

Semasa merancang bajet duit raya, saya melayari Internet untuk mendapatkan idea atau tips tentang duit raya. Mana la tau ada informasi tentang duit raya macam tips perancangan kewangan peribadi. Tapi saya tak jumpa informasi yang menepati expectation saya. Yang saya jumpa tips bagaimana nak elak bagi duit raya (lucu tol tips2 yang dikongsi...olok2 je bleh la..haha!).

Dan salah satu blog yang saya terbaca menulis "siapa la yg start bg duit raya sehingga menjadi budaya?". Saya rasa saya faham keadaan penulis yang mengeluh menyatakan amalan ni sedikit sebanyak membebankan. Ye la, yg happy kanak2. Orang2 berusia ni yang nak kne pk bajet untuk duit raya.

Walaubagaimanapun, saya ada pandangan yang sedikit berbeza. Bagi saya amalan ini adalah amalan yang harus diteruskan kerana amalan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan suasana, tetapi juga merupakan peluang yg terbaik untuk kita bersedekah. Bersedekah yg paling byk pahala ialah kepada ahli keluarga sendiri ;)

Baru2 ni saya ada terbaca satu terjemahan doa yang ada menyebut "Wahai Tuhan yang mencukupkan ..." dan ayat ini buat sy terfikirkan sesuatu. Seringkali saya berdoa agar dikurniakan rezeki yang halal dan dimurahkan rezeki. Saya mengharapkan agar dikurniakan kehidupan di mana wang saya berlebihan setiap bulan. Tapi bila terbaca ayat tadi, saya terfikir...sebanyak mana pun wang yang saya ada, xkan cukup jika Allah tidak mencukupkan.

Berbalik kepada perasaan susah hati takut bajet lari pas raya, insya Allah jika niat kita untuk bersedekah, semoga Allah mencukupkan apa yang kita ada. Sebab apa yang penting ialah keperluan kita mencukupi, bukan wang banyak tapi tak cukup2, betol tak? ;)

Semoga amalan kita semua di bulan Ramadhan dan Syawal ini diberkati dan diredhai Allah. Amin!

Sekian untuk kali ini. Jaga diri! ;)




Wednesday 15 August 2012

Food to Boost Mood

Assalamualaikum & salam sejahtera :D

Menjelang Aidilfitri, banyak juadah2 istimewa yang menanti. Masa bulan puasa, ramai yang sibuk bertungkus lumus buat kuih & biskut raya, dan tak kurang juga yang sibuk membeli kuih raya (macam saye..haha!). Juadah Aidilfitri pasti mengiurkan jika dibayangkan time2 pose nih~

rendang
ketupat, lemang, nasi impit, serunding, kuah kacang


 Sluuurrrppp~~~

 *hish....pose!*

Anyway, hari ini topik saya adalah mengenai makanan yang boleh enhance our good mood and stabilize our emotion ;) Kebiasaannya orang kata kalo bad mood, rasa down, sedih etc. makan la chocolate. Sejauh mana kebenaran fakta itu tidaklah saya ketahui. Mungkin ada kebenarannya. Tapi melalui pembacaan saya, makanan yang contained high sugar level seperti candy dan soda boleh menyebabkan anda cranky dan  cepat letih.

Terdapat 3 jenis nutrisi yang penting dalam membantu menstabilkan emosi iaitu - omega 3, folic asid & B12, dan vitamin D. Oleh itu, mana-mana makanan yang mengandungi nutrisi2 ini boleh la dicuba. Antaranya:

a) Pisang - kaya dengan tryptophan dan vitamin B 6 yang dapat memberi calming effect. The amino acid tryptophan helps your body make serotonin (serotinin dapat mengurangkan anxiety, rasa nervous, dan rasa irritated), a brain chemical that regulates mood, while vitamin B6 is need to manufacture serotonin from tryptophan.

b) Oily fish - contohnya salmon, ikan kembung, dan ikan sardin. Mengandungi banyak omega 3. Kalau ada duit lebih, boleh la beli minyak masak canola oil dan telur ayam yang ada omega 3

c) Siput / shellfish - contohnya tiram atau kupang. Ketam pun boleh. Kaya dengan B12.

d) Cheese, yoghourt, susu, cereal -pun kaya dengan B12.

e) Brocolli, kacang soya, sunflower seeds, oat, oranges - kaya dengan folic acid.

f) Egg yolk - kaya dengan vitamin D

Selamat mencuba & jaga diri! :D





Disclaimer: Apa yang terpapar di blog ini juga berperanan sebagai peringatan buat diri saya.


 


Tuesday 14 August 2012

Konsep Maaf

Assalamualaikum & hi everyone :)

Buat yang muslim, alhamdulillah kita telah berada di hujung Ramadhan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dari Allah dunia dan akhirat. Amin~~

Tinggal lagi 3 hari sebelum 1 Syawal menjelma. Maka banyak la persiapan yang dilakukan seperti baju raya, kasut raya, duit raya, kuih raya, dan termasuklah "kad raya" :D kad raya skang dah tak dalam bentuk "hardcopy" lagi :P semua skang "softcopy", hihi - via message, facebook, tweeter etc.

Bercakap mengenai Syawal dan hari raya, ungkapan "maaf zahir dan batin" sering kedengaran. Ada sesetengah orang malu untuk memohon maaf kalau hari2 biase (insya allah di lain kali kita kongsikan kenapa, ye...), maka inilah masa terbaik untuk menghulur tangan meminta maaf dari orang-orang sekeliling kita. Maklumlah, seperti menurut Albert Ellis, "we are fallible. we make mistakes and continue to make mistakes". Saya suka sangat phrase nih.


Hari ni saya nak kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh seseorang kepada saya. Kisah ni maybe some of you penah dengar. Dipendekkan cerita;

A ialah seorang remaja yang panas baran. Setiap kali dia berasa tidak puas hati dengan seseorang, dia akan terus memarahi individu tersebut tanpa memikirkan perasaan orang yang dimarahi. Pada suatu hari, bapa A ingin mengajar A supaya mengurangkan panas barannya. Maka bapa A menyediakan sekeping papan dan meminta A untuk mengetuk paku pada papan tersebut sekiranya A berasa marah. Cara ini dapat membantu A mengawal perasaan marahnya. Maka A pun menurut kata-kata bapanya dan mula mengetuk paku pada papan tersebut setiap kali dia berasa marah. 

Tahun demi tahun, A akhirnya bertukar sikap dan berjaya mengawal kemarahannya. Maka suatu hari bapa A memanggil A dan meminta A mencabut semua paku2 yang ada di papan tersebut. A pun mencabut paku-paku itu dan membawa papan tersebut kepada bapanya. Kemudian, bapa A berkata "Anakku, lihatlah hasil dari kemarahanmu.Walaupun kamu kini tidak lagi bersikap pemarah, tetapi perbuatan kamu terdahulu banyak meninggalkan kesan kepada orang lain. Walaupun kita telah meminta maaf, luka yang ada pada orang lain umpama lubang-lubang yang kamu lihat terdapat pada papan ini."

So, moral of the story is bila kita nak buat something pada orang, haruslah kita fikirkan kesannya di jangka panjang. Walaupun kita dah insaf dan tidak mengulangi kesilapan kita, orang lain akan sentiasa ingat apa yang berlaku. Well, itu moral cerita tu...which I can't say that I don't agree. Cuma jika kita kaitkan dengan kemaafan, saya mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. 

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini - Forgive and Forget?

Inilah yang saya maksudkan. Cerita di atas bertujuan untuk mengingatkan kita agar berhati-hati dan menjaga hati orang lain. Tapi bagaimana pula jika kita yang terluka? ;)

This is one tip for you to know whether anda dah maafkan orang tersebut atau tidak - jika anda dah memaafkan, anda telah melupakan. Which means, jika anda kata anda telah memaafkan, tapi anda masih ingat kisah-kisah yang menyayat hati, atau masih rasa sedih, pilu, kecik hati, atau masih mengungkit-ungkit perbuatan insan tersebut kepada anda, maka anda sebenarnya belum memaafkan. Seperti kisah di atas, jika masih ada "lubang' di "papan" anda (parut di hati anda), maka anda belum memaafkan.

Selalu saya dengar Dr. Fadhilah Kamsah menggalakkan kita untuk memaafkan orang lain sebelum kita tidur. Tujuannya supaya hati kita lebih tenang. I think he's right. Bila kita memaafkan, as if kita restart, and tomorrow is a total new life for us.

Memaafkan memang bukan sesuatu yang mudah. Tambah lagi bila seseorang lakukan sesuatu yang boleh menggugat kehidupan kita tahap maksima. Atau dengan sewenang-wenangnya mengecikkan hati kita. To be fair, kita sendiri perlukan masa untuk memaafkan orang. Jadi, take your time untuk melupakan. After all, kita pun manusia kan? ;)

Jumpa lagi, Insya Allah :)

Jaga diri! :D

Disclaimer: Apa yang terpapar di blog ini juga berperanan sebagai peringatan buat diri saya.

 

Monday 13 August 2012

Disengagement

Assalamualaikum & hello all :)

Have you ever come to a stage where you feel so stress and think that you can't take it anymore? You feel down and almost give up, be it because of the pressure comes from your workplace, family, friends, or any sources you can list. I've faced this stage (byk kali jugak la) and there was one time I felt like I quitting my job! (But then after a while, I knew that I would not let go a post which "grant" me few thousands per month..haha! nak makan ape kalo berenti keje? :P )

You know, when you feel stress, your head can't think straight. Tambahan pulak stress tu bercampur baur dengan perasaan marah, haruslah yang lead our thinking is our emotion. Kata orang Melayu, "Kalau ikut hati. mati...", which means in a situation where your emotion is not stable, you might make a wrong decision since your judgment dah tak brape nak btol. So what you need to do first is to cool down.

However, nak cool down tu bukan senang. Especially when the pressure keeps coming, or you find yourself keep thinking about the things that pressuring you. Lagi parah bila sampai tak leh nak tdo sebab pikirkan benda yang irritating itu.


 
So, today I'm going to share with you a technique which I called "disengagement" :) This technique can be used temporarily so that you can reduce your stress a bit and cool down. I mentioned "temporarily" because somehow you still need to settle your problem and face the fact. Running away from your problem (stress avoidance) will only make thing worse and you might feel as if it hunting you. In Gestalt therapy, problem that is unsolved (or been avoided) is called "unfinished business".

"unfinished business that may diminish satisfaction, fulfillment, and growth, and to experiment with new ways of being"
for further reading, click here 

Okay, back to the technique. Disengagement adalah teknik "cutting off", di mana anda mengambil satu tindakan yang membolehkan impak stress pada diri anda berkurangan, atau yang boleh membantu anda untuk mengurangkan kecenderungan dan frequency anda memikirkan perkara tersebut. In other words, anda mengambil langkah supaya unsur2 yang boleh trigger stress anda boleh dielakkan. 

Contoh yang boleh saya beri ialah di tempat kerja saya, bilik saya dikelilingi oleh glass di mana orang dari luar bilik boleh tengok apa saya buat dalam bilik. Tujuannya supaya senang untuk orang lain tahu whether saya ada dalam bilik ke tak (ataupun untuk mengelak pekerja tidur atau melakukan perkara2 yg tidak sewajarnya dalam waktu kerja). Oleh kerana saya percaya yang tujuan organisasi membina that kind of room adalah baik, maka selama lima tahun saya bekerja, saya tak pernah seal glass bilik saya untuk cover2 seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan colleagues saya.

Walau bagaimanapun, terdapat satu masa yang saya rasa sangat stress dan saya rasa saya amat perlukan privacy untuk cool down. So, saya mengambil langkah untuk seal bilik saya tu, bukan sikit2, tapi terus sampai orang lain tak leh nampak saya langsung :P tujuannya ialah supaya saya boleh elak dari memikirkan orang2 yang saya stress tu, kerana dengan terlihat bayangan orang yang kita stress tu, mungkin akan menyebabkan kita terfikir balik perkara yang menyebabkan kita stress. Dengan cara ini, saya elak dari unsur yang boleh trigger balik stress saya dan mengambil masa yang sewajarnya untuk saya berfikir kembali secara rasional. 

Disengagement technique ini juga bermaksud anda "memutuskan hubungan" anda dengan perkara yang menyebabkan anda stress. Anda boleh memilih untuk tidak memikirkan perkara itu seperti teknik digunakan dalam Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) - "visualizing a STOP sign" technique. Teknik ini kebiasaannya digunakan kepada klien yang mengalami depression, bagi membantu klien mengawal pemikiran yang tidak rasional. 

Try to imagine a traffic stop sign or even a ‘red light’ signal in your mind when you are feeing overwhelmed or upset by your negative thoughts and feelings, including fatigue. Follow the instructions of the stop signal by saying to yourself “stop thinking these negative unhelpful thoughts” or “stop dwelling on the negative”.  

Sumber : here

Satu lagi tindakan yang boleh anda ambil ialah "withdrawal". Tindakan ini boleh digunakan dalam satu tahap apabila keadaan berada di luar kawalan anda. Contohnya jika ada seseorang yang memarahi anda atas sesuatu sebab, and anda telah pun meminta maaf tapi orang tu still nak marah2 awak lagi, maka anda boleh "back off". Biarkan individu tersebut buat sementara waktu, let him/her takes his/her own sweet time untuk kembali rasional. 

Semoga entry kali ini membawa sedikit sebanyak manfaat kepada anda yang membaca. Sehingga kita berjumpa lagi :)

Jaga diri! :D



p/s : Apa yang terpapar di blog ini juga berperanan sebagai peringatan buat diri saya.