Hari ini saya nak share mengenai self-exploration. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengenalpasti anggapan kita terhadap diri kita dan juga untuk mengetahui sekiranya terdapat tanggapan2 yang tidak rasional yang kita ada terhadap diri. Aktiviti ini sesuai untuk sesiapa yang ingin work on his or her self esteem.
Saya pernah jalankan aktiviti yang lebih kurang macam ni dalam salah satu group counseling yang saya handle. Caranya, saya minta setiap ahli kumpulan meneka siapakah manusia yang paling bertuah di muka bumi. Mereka dikehendaki untuk menulis nama orang yg bertuah itu, dan nyatakan mengapa mereka merasakan individu itu yang paling bertuah. Selepas meneka, saya edarkan sebuah kotak yang saya katakan dalam kotak tersebut ada jawapan sebenar, siapakah manusia yang plg bertuah. Apabila mereka membuka kotak tersebut, apa yang mereka lihat adalah sekeping cermin yang terlekat pada kotak itu yang menunjukkan wajah mereka. Maka, jawapan sebenarnya adalah diri mereka. Dari sini saya melihat reaksi setiap ahli. Dalam satu kumpulan yang pernah saya handle, di mana ahli kumpulan menghadapi isu keyakinan diri, ahli2 kelihatan terkejut apabila saya menyatakan bahawa merekalah orang yang paling bertuah. Maka dari situ, saya teruskan dengan exploration untuk melihat sejauh mana pandangan mereka terhadap diri mereka. Aktiviti ini membantu ahli kumpulan mencari kelebihan diri.
Ok. Itu kerja kaunselor. Hehe~
Tapi hari ini saya nak share satu aktiviti yang boleh anda lakukan secara sendirian. Anda boleh lakukan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda.
Langkah 1 : Saya suka melukis, maka aktiviti ini saya gunakan lukisan. Ambil sekeping kertas dan lukis seperti ini di bahagian tengah kertas:
Sumber : sini
Anda juga boleh mengambil gambar anda, dan lekatkan di tengah-tengah kertas.
Kemudian, di kiri kanan atau keliling gambar orang lidi tu tadi, tuliskan apa sahaja yang anda rasa tentang diri anda, SEJUJUR-JUJURnya. Kalau tak jujur pun takpe...hak anda. LOL.
Alternatif lain: anda boleh jugak senaraikan jek apa yang anda fikirkan mengenai diri di atas kertas. Tak yah lukis2 or lekat gambar pun takpe.
Sumber : kat sini |
Langkah 2: Tanya pandangan orang-orang yang rapat dengan anda mengenai 3 perkara yang mereka fikirkan tentang anda. Sebaik-baiknya pilih orang yang anda rasa benar-benar mengenali anda. Untuk langkah ini, anda perlu BERFIKIRAN TERBUKA. kalo tak, kang gaduh plak. tak pepasal jek.
Anda boleh directly tanye, atau anda boleh lakukan seperti mana saya pernah lakukan. Saya hantar message kepada ibu bapa, adik beradik, dan rakan-rakan baik saya dan meminta mereka menjawab soalan ini - What do you think about me?
Dan saya pun mendapat banyak la senarai-senarai pandangan mereka mengenai saye~
Handphone dolu2 |
Langkah 3: Bandingkan senarai anda dengan senarai orang-orang yang anda dah "interview" tadi. Apa persamaan & perbezaan yang ada?
Langkah 4 : Bahagikan pandangan yang positif dan negatif seperti berikut:
Pandangan positif
Diri sendiri : bla..bla...blaaa...
Keluarga / rakan-rakan : bla...bla...blaaaa
Pandangan negatif
Diri sendiri : bla..bla...blaaa...
Keluarga / rakan-rakan : bla...bla...blaaaa
Langkah 5 :
Bagi senarai yang positif, anda boleh "abadikan" dalam bentuk2 tulisan yang kreatif. Saya tulis kembali dalam kad-kad kecik warna warni message yang saya terima. Sebagai contoh:
Ayah " You are bla..bla..bla..."
sumber gambar |
Bagi senarai negatif diri sendiri, tetapi tiada dalam senarai keluarga/rakan2, double check dengan mereka untuk memastikan sama ada pandangan negatif anda terhadap diri sendiri relevan atau tidak. Sama ada ia benar-benar kelemahan anda atau ia cuma anggapan anda.
Bagi senarai negatif kelaurga/rakan2, bincangkan bersama mereka apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk overcome habit buruk / perangai kureng2 anda.
gambar |
Selamat mencuba, dan jaga diri! :D
No comments:
Post a Comment