Wednesday, 12 September 2012

Aura Positif

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera,

Wah, dah lame jugak tak post entry kat blog nih. Sejak balik raya, banyak pula keje2 kat ofis & ditambah pulak students br dh masuk...so tertangguh la ape2 yg nak di-post dalam blog nih.

Anyway, pagi tadi sebelum gi ofis saya on TV & menonton MHI. Hari ni pihak MHI menjemput Dr. Fadhilah Kamsah & tajuk yang dibincangkan adalah mengenai haji. Ada beberapa tips yang dikongsi bagi menambah kemantapan rohani seperti bykkan berdoa, perform solat taubat, dan banyakkan bersedekah bagi mensucikan hati.

Kalau anda semua perasan, kebanyakan motivators akan bercakap mengenai perkara atau point yang sama dan kadang kala berulang-ulang. Atau kadang kala bagi orang2 yang berada di lapangan kaunseling dan psikologi nih...lagi la merasakan apa yang motivators tu kata, semua yang common. In fact, apa yang kadang kala mereka katakan tu boleh diragui. Contohnye bile seseorang motivator tu kata "mengikut kajian saya...", tambahan pula academician cm saya mula terfikir "sejauh mana valid & reliable kajian dier nih?".

Walau bagaimanapun, saya percaya setiap pandangan manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun kadang kala kita rasa  yang apa yang disampaikan oleh seseorang itu sesuatu yang telah diketahui, tetapi sebagai manusia yang sering terlupa, tidak salah jika kita mendengar dengan niat untuk memperingati diri sendiri. Oleh itu, entri kali ini adalah mengenai pendedahan kita pada aura positif :)

Bagi umat Islam, pernah tak kita terfikir kenapa Islam menyediakan doa-doa dalam setiap perkara yang kita lakukan? contohnya bila nak makan ada doa, nak tidur ada doa, nak masuk bilik air ada doa, nak pakai baju ader doa, tengok muka kat cermin pun ada doa, naik kenderaan ada doa, dan macam2 lagi. Semua ini adalah sebagai basis perdedahan aura positif kepada kita.

Misalnya, ketika kita hendak tidur, atau berada dalam stage mamai2 tu...kebiasaannye sub conscious mind kita akan activate. pada ketika ini adalah masa yang terbaik untuk kita (especially anak-anak kecil) menyerap unsur-unsur yg baik ke dalam minda. maka, membaca doa sebelum tidur adalah bertujuan untuk menyerapkan unsur positif terhadap unconscious mind kite.

Selain itu, sebaik-baiknya kita dedahkan diri kita kepada perkara-perkara yang positif seperti berkawan dengan orang-orang yang positif, mendengar ceramah-ceramah agama atau motivasi, menonton kisah-kisah yang inspiring, melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan stress seperti berkelah, bercuti, bersenam dan sebagainya.

Elakkan diri daripada berasa emosi atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kita. misalnya time pilihanraya ni, ramai yg beremosi kerana menyokong pada satu2 party. so lemparan kata-kata negatif banyak la dihamburkan. tapi, cuba kita sama-sama fikirkan, apalah manfaat yang kita dapat? might as well kita mengundi je. JOM UNDI! (haha...tetibe promosi... :P)

Ok, selain dari isu pilihanraya ni...isu pasal artis pun ader gak. bila ada org yg mengutuk artis kesayangan, maka peminat die hard fan pun bersungguh-sungguh mempertahankan. for those yg mempunyai sifat protective ni kadang kala beremosi jika ada org2 di sekeliling dilukai. maka mereka ini selalunye akan bertindak melebihi org yg dilukai. pada pandangan saya, perkara ini haruslah dielakkan. kerana in the end of the day, hanya kepenatan emosi jek yg kita akan dapat. tak pepasal jek, dah la takde kne mengena ngn kita, kita plak yg lebih2. after all, blom tentu artis tu kenal kite ni sape :P maka, jangan la membazirkan masa dan tenaga.

Semoga apa yang dikongsi pada kali ini memberi manfaat kepada semua serta peringatan untuk diri saye.

Jaga diri! :D


No comments:

Post a Comment