Wednesday, 31 October 2012

OKU tak makan pasta?

Assalamualaikum & salam sejahtera ;)

Saya adalah antara jutaan penonton MasterChef 2. Seronok jugak tengok rancangan2 berkaitan pertandingan masakan nih. Tapi ader perbezaan sikit MasterChef kali ni dengan yang last season - siap ader konflik2 la, umpat-mengumpat la.


Anyway, entry kali ni bukan nak sentuh mengenai gossip2 Che' Lah ke ape. Tapi ada sesuatu yang saya tertarik untuk utarakan dari episod MasterChef hari Selasa lepas - episod cabaran sajian luar di mana peserta MasterChef ni kne menyediakan makanan untuk atlet paralympic. 

Peserta dari kumpulan biru iaitu Azni, membuat komen seperti ini:

"Rasa nervous la masa nak hidangkan makanan tu... boleh ke mereka terima makanan kami..sebab mereka pun agak kurang upaya...makanan kami pun, mmm...ye la, pasta kan..."

Aik? Kenapa dengan pasta? 

Sampai hari ni saya masih tak pasti apa yang dimaksudkan dengan peserta ni. Apa yang menyebabkan dia ragu2 nak hidangkan pasta kepada atlet paralympic. Adakah kerana dia rasa OKU tak makan pasta?


Mitos Orang Kurang Upaya

Masyarakat yang kurang pendedahan terhadap ilmu disabilities sangat senang mempercayai mitos-mitos OKU. Kebanyakan daripada kita yg kurang pendedahan ini sering membuat andaian2 yang berunsur diskriminasi secara sedar atau tidak. Sebagai contoh si Azni ni bleh plak terfikir OKU makan pasta ke tak, sedangkan mungkin dier terlupa agaknya, OKU yang tinggal kat Perancis sana tu tak makan pasta ke?

Andaian sebegini digelar stigma extension di mana stigma terhadap OKU kadang kala berlebih-lebihan, melangkaui keadaan kurang upaya mereka yang sebenar. Contohnya individu ini kudung tangan kanan, dan kebanyakan daripada kita menganggap hidup dia menderita. But who knows die ok jek?

Persepsi kita terhadap OKU sering datang dari perspektif downward comparison iaitu dari sudut pandangan kita mempunyai kelebihan berbanding OKU. Kita sering merasakan jika seseorang itu mengalami kecacatan, maka hidupnya akan lebih sengsara daripada kita yang "normal".


Rasa kasihan juga sering dicuit-cuit dan di-enhanced oleh program-program televisyen yang bertujuan mengumpul dana. Biasa tak dengar ayat-ayat seperti ni dalam program tv?


“Semoga paparan minggu ini menjadi pengajaran kepada kita semua, dan kita haruslah bersyukur dengan pemberian Tuhan di atas kesempurnaan anggota badan kita” 


“Ketika saya menjalani ujian menutup mata, saya rasa dunia saya gelap dan saya mula takut. Ini menjadikan saya insaf, dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan kerana masih dapat melihat”?



Charity, despite its good intentions, does not promote change, yet it perpetuates the status quo of inequality (Coleridge, n.d.). The "charity perception" often leads people with disabilities to be associated with bad images such as beggars, street musicians, or hand-crafted product sellers instead of holding professional positions even when they have the qualifications. Their talents, qualifications, and abilities are sometimes overlooked due to the over-attention to physical appearances or presumed incapacity related to disability (Aina Razlin, 2010).
 
;)

Dan....


Pernah tak kita terfikir apa OKU akan rasa bila mendengar ayat-ayat camni di kaca tv?

Pinjam kata-kata Prof Izzi,

Renung-renungkan....dan selamat beramal! ;)

2 comments:

  1. tu la, saya pun ada tengok jgk, nape la plak ngan pasta n..."sebab mereka pun kurang upaya"...
    wahai cik Azni, what are you trying to say? & apa yang ada di fikiran anda ketika itu?

    ReplyDelete
  2. hihi...kadang2 bile tak sensitif tu yg tercakap cam tu :P

    ReplyDelete