Thursday, 23 August 2012

Duit Raya ;D

Assalamualaikum & salam sejahtera ;)

Minggu raya dah hampir sampai ke penghujung. Bagi golongan kanak2, pasti kegembiraan dirasakan bukan sahaja kerana berbaju dan berkasut baru, tetapi juga kerana DUIT RAYA! ;D  masa kecik2 dulu, slalu kumpul dengan cousins and kira duit raya sape paling banyak. Time tu org bagi syiling2 jer. Jarang nak dapat duit kertas seringgit. Kalo dapat mmg heaven la! Slalunye seposen, doposen, lima posen....

Semasa merancang bajet duit raya, saya melayari Internet untuk mendapatkan idea atau tips tentang duit raya. Mana la tau ada informasi tentang duit raya macam tips perancangan kewangan peribadi. Tapi saya tak jumpa informasi yang menepati expectation saya. Yang saya jumpa tips bagaimana nak elak bagi duit raya (lucu tol tips2 yang dikongsi...olok2 je bleh la..haha!).

Dan salah satu blog yang saya terbaca menulis "siapa la yg start bg duit raya sehingga menjadi budaya?". Saya rasa saya faham keadaan penulis yang mengeluh menyatakan amalan ni sedikit sebanyak membebankan. Ye la, yg happy kanak2. Orang2 berusia ni yang nak kne pk bajet untuk duit raya.

Walaubagaimanapun, saya ada pandangan yang sedikit berbeza. Bagi saya amalan ini adalah amalan yang harus diteruskan kerana amalan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dan memeriahkan suasana, tetapi juga merupakan peluang yg terbaik untuk kita bersedekah. Bersedekah yg paling byk pahala ialah kepada ahli keluarga sendiri ;)

Baru2 ni saya ada terbaca satu terjemahan doa yang ada menyebut "Wahai Tuhan yang mencukupkan ..." dan ayat ini buat sy terfikirkan sesuatu. Seringkali saya berdoa agar dikurniakan rezeki yang halal dan dimurahkan rezeki. Saya mengharapkan agar dikurniakan kehidupan di mana wang saya berlebihan setiap bulan. Tapi bila terbaca ayat tadi, saya terfikir...sebanyak mana pun wang yang saya ada, xkan cukup jika Allah tidak mencukupkan.

Berbalik kepada perasaan susah hati takut bajet lari pas raya, insya Allah jika niat kita untuk bersedekah, semoga Allah mencukupkan apa yang kita ada. Sebab apa yang penting ialah keperluan kita mencukupi, bukan wang banyak tapi tak cukup2, betol tak? ;)

Semoga amalan kita semua di bulan Ramadhan dan Syawal ini diberkati dan diredhai Allah. Amin!

Sekian untuk kali ini. Jaga diri! ;)




No comments:

Post a Comment