Tuesday, 14 August 2012

Konsep Maaf

Assalamualaikum & hi everyone :)

Buat yang muslim, alhamdulillah kita telah berada di hujung Ramadhan. Semoga kita semua memperolehi keberkatan dari Allah dunia dan akhirat. Amin~~

Tinggal lagi 3 hari sebelum 1 Syawal menjelma. Maka banyak la persiapan yang dilakukan seperti baju raya, kasut raya, duit raya, kuih raya, dan termasuklah "kad raya" :D kad raya skang dah tak dalam bentuk "hardcopy" lagi :P semua skang "softcopy", hihi - via message, facebook, tweeter etc.

Bercakap mengenai Syawal dan hari raya, ungkapan "maaf zahir dan batin" sering kedengaran. Ada sesetengah orang malu untuk memohon maaf kalau hari2 biase (insya allah di lain kali kita kongsikan kenapa, ye...), maka inilah masa terbaik untuk menghulur tangan meminta maaf dari orang-orang sekeliling kita. Maklumlah, seperti menurut Albert Ellis, "we are fallible. we make mistakes and continue to make mistakes". Saya suka sangat phrase nih.


Hari ni saya nak kongsikan satu kisah yang diceritakan oleh seseorang kepada saya. Kisah ni maybe some of you penah dengar. Dipendekkan cerita;

A ialah seorang remaja yang panas baran. Setiap kali dia berasa tidak puas hati dengan seseorang, dia akan terus memarahi individu tersebut tanpa memikirkan perasaan orang yang dimarahi. Pada suatu hari, bapa A ingin mengajar A supaya mengurangkan panas barannya. Maka bapa A menyediakan sekeping papan dan meminta A untuk mengetuk paku pada papan tersebut sekiranya A berasa marah. Cara ini dapat membantu A mengawal perasaan marahnya. Maka A pun menurut kata-kata bapanya dan mula mengetuk paku pada papan tersebut setiap kali dia berasa marah. 

Tahun demi tahun, A akhirnya bertukar sikap dan berjaya mengawal kemarahannya. Maka suatu hari bapa A memanggil A dan meminta A mencabut semua paku2 yang ada di papan tersebut. A pun mencabut paku-paku itu dan membawa papan tersebut kepada bapanya. Kemudian, bapa A berkata "Anakku, lihatlah hasil dari kemarahanmu.Walaupun kamu kini tidak lagi bersikap pemarah, tetapi perbuatan kamu terdahulu banyak meninggalkan kesan kepada orang lain. Walaupun kita telah meminta maaf, luka yang ada pada orang lain umpama lubang-lubang yang kamu lihat terdapat pada papan ini."

So, moral of the story is bila kita nak buat something pada orang, haruslah kita fikirkan kesannya di jangka panjang. Walaupun kita dah insaf dan tidak mengulangi kesilapan kita, orang lain akan sentiasa ingat apa yang berlaku. Well, itu moral cerita tu...which I can't say that I don't agree. Cuma jika kita kaitkan dengan kemaafan, saya mempunyai pandangan yang sedikit berbeza. 

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini - Forgive and Forget?

Inilah yang saya maksudkan. Cerita di atas bertujuan untuk mengingatkan kita agar berhati-hati dan menjaga hati orang lain. Tapi bagaimana pula jika kita yang terluka? ;)

This is one tip for you to know whether anda dah maafkan orang tersebut atau tidak - jika anda dah memaafkan, anda telah melupakan. Which means, jika anda kata anda telah memaafkan, tapi anda masih ingat kisah-kisah yang menyayat hati, atau masih rasa sedih, pilu, kecik hati, atau masih mengungkit-ungkit perbuatan insan tersebut kepada anda, maka anda sebenarnya belum memaafkan. Seperti kisah di atas, jika masih ada "lubang' di "papan" anda (parut di hati anda), maka anda belum memaafkan.

Selalu saya dengar Dr. Fadhilah Kamsah menggalakkan kita untuk memaafkan orang lain sebelum kita tidur. Tujuannya supaya hati kita lebih tenang. I think he's right. Bila kita memaafkan, as if kita restart, and tomorrow is a total new life for us.

Memaafkan memang bukan sesuatu yang mudah. Tambah lagi bila seseorang lakukan sesuatu yang boleh menggugat kehidupan kita tahap maksima. Atau dengan sewenang-wenangnya mengecikkan hati kita. To be fair, kita sendiri perlukan masa untuk memaafkan orang. Jadi, take your time untuk melupakan. After all, kita pun manusia kan? ;)

Jumpa lagi, Insya Allah :)

Jaga diri! :D

Disclaimer: Apa yang terpapar di blog ini juga berperanan sebagai peringatan buat diri saya.

 

No comments:

Post a Comment