Thursday, 8 November 2012

Self Image

Assalamualaikum & salam sejahtera semua ;)

Oh, remember that I told you about the RM50 MPH voucher that I received during my participation in IIUM survey? This is the book I got for myself with the voucher ;)



I decided to have this book because:
a) I promised myself to spend the voucher as maximum as possible - which means, tak nak la harga RM38 ke...RM25 ke...rugi laaa~ the book cost me RM48, then bli newspaper untuk hubby RM2 ;D
b) all I wanted was a book that can benefits me (and yes, I found this book is very interesting & beneficial)
c) while choosing and comparing between 3 different Andrew Mathews's books - Follow Your Heart, Happiness Now and Happiness in Hard Times, I found that this book has the most number of pages :P

So, basically bukanlah sebab saya sedang melalui hard times ke ape yang menyebabkan saya membeli buku ni. I found that this book is written in a simple way, not so heavy untuk dibaca sewaktu masa lapang.  

Ok, hari ni saya nak share on one part of this book related to self image. Mathews percaya yang kadang kala kita mengalami kesukaran dalam hidup disebabkan oleh self image kita yang negatif. Ini bermaksud, apabila kita mempunyai pandangan yang negatif kepada diri sendiri, maka sukar untuk kita mencapai kejayaan.

Mathews juga menekankan mengenai kepentingan berfikiran positif. Beliau mengumpamakan fikiran kita seperti magnet, yang akan menarik unsur-unsur yang sama dengan vibration yang kita send to universe. Ini bermakna, jika kita berfikiran negatif, maka kita akan send negative waves to the universe, dan eventually apa yang datang kepada kita juga berbentuk negatif. Jika kita berfikiran positif, maka kita akan menerima perkara yang positif disebabkan oleh positive vibration yang kita send to universe.

Berbalik kepada self image, pandangan kita terhadap diri sendiri amat penting. Tanpa pandangan yang positif, kita seolah-olah mengkhianati diri kita sendiri dengan membiarkan perkara-perkara negatif menghampiri kita. Antara tanda-tanda yang kita perlu memperbaiki self image kita ialah:

a) apabila kita sering mengkritik diri sendiri
b)apabila kita sering mengkritik orang lain
c) apabila kita sering berasa cemburu dengan orang lain
d) apabila kita merasakan diri kita lebih hebat dari orang lain

Sebenarnya, apabila kita mula menganggap semua orang dalam dunia ni tak betul, kita sebenarnya perlu memperbaiki diri kerana perhubungan yang baik dengan orang lain tidak akan terbina jika kita tidak berjaya membina hubungan yang baik dengan diri kita sendiri. Idea ini sebenarnya telah lama digunapakai dalam Existential Therapy, dalam Proposition 3, di mana dalam membina hubungan yang baik dengan orang lain, kita terlebih dahulu perlu mencapai tahap authentic (Proposition 2) dan mempunyai identiti sendiri.

Dalam membentuk self image yang positif, adalah penting untuk kita cuba mengekalkan pemikiran kita dalam keadaan yang positif. Hal ini termasuklah dengan usaha meningkatkan penerimaan diri dan sekeliling (yang juga mula ditekankan dalam Existential Therapy walaupun banyak digunapakai dalam REBT). Kita juga perlu re-evaluate kembali our rules of mind (lihat entry Haha, padan muka!) supaya kita tidak terpenjara dengan peraturan atau undang-undang kita sendiri.

Insya Allah di lain masa kita akan berkongsi lagi ;)

Assalamualaikum, dan jaga diri!

 

No comments:

Post a Comment