Monday, 12 November 2012

Mengapa VS Apa



Assalamualaikum & salam sejahtera semua ;)

Pernahkah anda bertanya kepada diri anda “Mengapa saya?” apabila anda berhadapan dengan masalah? Contohnya “mengapa saya yang perlu menghadapi semua ini?” atau “mengapa saya yang selalu menjadi sasaran?”. 



Manusia sebenarnya akan respon secara berbeza-beza pada saat-saat pertama berhadapan dengan masalah. Kadang kala kita senang rasa kecewa, kadang kala kita akan berasa masalah itu tidak seharusnya berlaku, kadang kala kita rasa tidak adil, dan kadang kala kita rasakan masalah ini sebagai cabaran.  

Satu-satunya cara untuk keluar dari masalah ialah dengan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah. Ini bermakna sekiranya kita terus-terusan mengeluh bertanyakan mengapa kita yang sering dilanda dilema, maka kita sebenarnya memilih untuk berada dalam keadaan statik dan tidak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Sekiranya anda adalah antara mereka yang sering bertanyakan soalan mengapa, cuba ambil langkah yang pertama ini iaitu dengan menukarkan soalan anda daripada “mengapa” kepada “apa”. Katakan dalam satu situasi di mana anda  dimarahi oleh majikan. Daripada anda bertanyakan soalan “Mengapa saya yang sering dipersalahkan?”, cuba tukarkan bentuk soalan kepada “Apa yang menyebabkan bos marahkan saya?” atau “apa yang boleh saya lakukan untuk memperbaiki keadaan?” Dengan bertanyakan soalan “apa”, kita sebenarnya berfikir untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki keadaan.  

 what?

Kesimpulannya di sini, mengeluh tidak akan membawa kita ke mana-mana. Apa yang penting adalah tindakan positif yang perlu kita ambil bagi membebaskan diri kita dari tekanan. 

Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat kepada anda semua. Selamat mencuba & jaga diri! 


No comments:

Post a Comment