Monday, 21 January 2013

Moving Towards Success :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)

Bila tengok tarikh last entry, terkejut plak rasanya. Lama betul tak post entry kat blog ni.

December adalah bulan yang busy. Students nak final exam, and saya occupied dengan key in carry marks students. Tambahan pula cuti sekolah, so ini je la time nak balik ke "kampung" halaman. Spent 2 weeks ngan family kat Shah Alam. Jalan sana sini, pegi Penang segala bagai. Bila balik sini, anak-anak masuk hospital sebab typhoid virus! 5 hari dok kat hospital, bengkok badan mama daddy! Huhu....

Cian anak-anak mama~
Anyway, sekarang ni baru ada kelapangan sikit sebab students pun dah abis exam, final exam pun dah habis marking (huh, rasa cam tak caya! yey~~), meeting markah pun dah selesai smalam. Skang ni rasa lega, and boleh la nak buat apa-apa kerja yang patut.

Oh, tahun baru 2013 ni dimulai dengan keindahan. Walaupun kami sekeluarga menyambut tahun baru di KPJ Kuching Specialist Hospital, semuanya dah baik-baik belaka. Diorang ni masih jugak demam-demam. Risau memang risau, tapi tabah je la.

Last week saya terima email dari editor sebuah majalah tempatan :) Sebahagian email tersebut berbunyi begini:

Ya, artikel tersebut sesuai untuk ruangan kesihatan DM, akan saya terbitkan.
 
Untuk artikel seterusnya, puan boleh menghantar artikel selewat-lewatnya sebelum 28 Januari.
Terima kasih dan mohon juga maklumkan kepada rakan-rakan di sana sekiranya ada yang berminat untuk menulis dalam ruangan sosial atau ekonomi.
Saya akan rekodkan nama dan jawatan puan dalam majalah nanti.


Alhamdulillah. Gembira okay bile artikel dapat masuk majalah :D Hihi...

Dalam waktu cuti dua minggu tu jugak, saya korek2 almari saya dan terjumpa buku ni:




Buku ni adalah hadiah dari fakulti masa saya konvo undergraduate apabila "dinobatkan" sebagai pelajar cemerlang. Bwahaha~ poyo jek bunyi :P So, basically buku ini telah berada dalam simpanan saya selama 6 tahun dan saya tak sempat nak baca sebab sibuk baca benda lain. Sekarang ni baru nak baca, and banyak sangat informasi yang amat2 berguna, menyebabkan saya beberapa kali berkata kepada suami saya yang saya menyesal tak baca buku ni dari dulu!

Insya Allah saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai kandungan buku ini.

Dan tentang artikel tadi, bila dah terbit saya akan bitau ye :P hihi...

Hingga jumpa lagi, jaga diri! ;)




No comments:

Post a Comment