Tuesday, 29 January 2013

Sifat Amanah

Lately asek post gambar je kan?
Haha...nak share tapi tak daya nak pikir ayat.

Nah, selamat membaca :)


Monday, 28 January 2013

Success Principles

Assalamualaikum & salam sejahtera,







Semoga memberi manfaat buat semua, Insya Allah~~

:)

Jaga diri!

Sunday, 27 January 2013

Pesan Imam Ghazali

Something to share with y'all






Semoga bermanfaat buat semua :)

Jaga diri! ;)

Tuesday, 22 January 2013

Salam Maulidurrasul

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Allahumma solli'ala Saidina Muhammad~

Esok Maulud Nabi. Cuti, tapi kena hantar suami pergi berarak sempena Maulidurrasul.

Semasa saya kecil (kira-kira umur sekolah rendah), saya paling suka hari Jumaat. Bukan sebab esoknya cuti, tapi sebab setiap hari Jumaat, ustaz dan ustazah yang mengajar saya mengaji akan spent time untuk membacakan kisah-kisah nabi kepada kami. Waktu tu, saya sangat suka dengar sirah nabi, ala2 story telling.

Kemudian sewaktu saya di matrikulasi, ada juga ustaz dan ustazah yang membacakan sirah nabi kepada kami sebagai sebahagian aktiviti kolej. Buat pertama kalinya saya melihat seorang insan yang menangis apabila menceritakan tentang perjuangan Rasulullah. Waktu tu, saya hairan. Macam mana orang bleh menangis baca kisah nabi? and camner plak orang boleh katakan dia rindukan Rasulullah sedangkan kita semua tak pernah kenal Rasulullah personally?

But there was a day, in an early morning, 6 years ago, I was ready to drive to work. Fastening my seatbelt, I turned on the IKIM channel. And that morning, something on the radio hit me. Something that led me to tears.

I heard this...
Di hari Kiamat, ketika neraka bertempik sebanyak tiga (3) kali, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa memohon agar Allah menyelamatkan mereka. Masing-masing berkata “Selamatkan aku, Selamatkan aku. Pada hari ini aku tidak meminta selain darinya“. (Nabi Musa tidak memohon agar saudaranya Nabi Harun diselamatkan. Nabi Isa juga tidak memohon agar ibunya Maryam diselamatkan.) Sedangkan Rasulullah saw memohon “Umatku, umatku, Ya Tuhanku selamatkan mereka dan bebaskan mereka”

Then last year, saya attended Ustaz Don punye ceramah sempena Maulud Nabi. Banyak cerita pengorbanan Rasulullah yang menyentuh hati. Antaranya Ustaz Don berkata manusia ni umpama kunang2. Kunang2 ke? insect yg kat tepi pantai bila bakar unggun api, insect tu suke masuk dalam api tu...okay, saye tak tau ape insect tu...Anyway, manusia ibarat insect tu la..

Rasulullah menceritakan pada sahabat2 baginda, yang umatnya (kita la kan) umpama insect tu. "Berkali-kali aku menarik hujung bajumu supaya engkau tidak terjun ke dalam api neraka. Tetapi sampai hati engkau menepis tanganku, dan terjun juga ke dalam api..."

Giler sedih saya time tu bile mengenangkan dah berapa juta kali saya "menepis tangan Rasulullah" :(

Dan pagi semalam saya terdengar pulak kat TV Al-Hijrah, sape tah name ustaz baru tu. Dia cerita

Di hadapan Aisyah, Rasulullah berdoa agar Aisyah diampunkan dosa-dosanya yang lepas dan juga yang akan datang. Mendengar doa tersebut, Aisyah berasa amat gembira. Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah "Kamu gembira, wahai Aisyah?". Aisyah menjawab "Pastinya, ya Rasulullah. Engkau telah mendoakan agar aku diampunkan seumur hidupku..."

Rasulullah kemudian berkata "Itu adalah doaku untuk umatku setiap malam..."


Sedih ok?


Dear Rasulullah,

I love you~


ALLAHUMMA Solli 'Ala Sayyidina Muhammad

Monday, 21 January 2013

Moving Towards Success :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)

Bila tengok tarikh last entry, terkejut plak rasanya. Lama betul tak post entry kat blog ni.

December adalah bulan yang busy. Students nak final exam, and saya occupied dengan key in carry marks students. Tambahan pula cuti sekolah, so ini je la time nak balik ke "kampung" halaman. Spent 2 weeks ngan family kat Shah Alam. Jalan sana sini, pegi Penang segala bagai. Bila balik sini, anak-anak masuk hospital sebab typhoid virus! 5 hari dok kat hospital, bengkok badan mama daddy! Huhu....

Cian anak-anak mama~
Anyway, sekarang ni baru ada kelapangan sikit sebab students pun dah abis exam, final exam pun dah habis marking (huh, rasa cam tak caya! yey~~), meeting markah pun dah selesai smalam. Skang ni rasa lega, and boleh la nak buat apa-apa kerja yang patut.

Oh, tahun baru 2013 ni dimulai dengan keindahan. Walaupun kami sekeluarga menyambut tahun baru di KPJ Kuching Specialist Hospital, semuanya dah baik-baik belaka. Diorang ni masih jugak demam-demam. Risau memang risau, tapi tabah je la.

Last week saya terima email dari editor sebuah majalah tempatan :) Sebahagian email tersebut berbunyi begini:

Ya, artikel tersebut sesuai untuk ruangan kesihatan DM, akan saya terbitkan.
 
Untuk artikel seterusnya, puan boleh menghantar artikel selewat-lewatnya sebelum 28 Januari.
Terima kasih dan mohon juga maklumkan kepada rakan-rakan di sana sekiranya ada yang berminat untuk menulis dalam ruangan sosial atau ekonomi.
Saya akan rekodkan nama dan jawatan puan dalam majalah nanti.


Alhamdulillah. Gembira okay bile artikel dapat masuk majalah :D Hihi...

Dalam waktu cuti dua minggu tu jugak, saya korek2 almari saya dan terjumpa buku ni:




Buku ni adalah hadiah dari fakulti masa saya konvo undergraduate apabila "dinobatkan" sebagai pelajar cemerlang. Bwahaha~ poyo jek bunyi :P So, basically buku ini telah berada dalam simpanan saya selama 6 tahun dan saya tak sempat nak baca sebab sibuk baca benda lain. Sekarang ni baru nak baca, and banyak sangat informasi yang amat2 berguna, menyebabkan saya beberapa kali berkata kepada suami saya yang saya menyesal tak baca buku ni dari dulu!

Insya Allah saya akan kongsikan sedikit sebanyak mengenai kandungan buku ini.

Dan tentang artikel tadi, bila dah terbit saya akan bitau ye :P hihi...

Hingga jumpa lagi, jaga diri! ;)