Dah lama rasanya tak menulis. Kebelakangan ni rasa macam banyak kerja sampai tak tahu nak mula kat mana. Mungkin sebab semester dah nak hampir sampai ke penghujung, tahun pun dah nak berakhir, maka bertimbun-timbun assignments yang perlu disemak dan direkod. Perasaan pun jadi tak tenteram bila kerja banyak kat depan mata and tak siap2 lagi. Tambahan pulak bile memikirkan ape la nasib SKT tahun ni memandangkan ape yang nak dicapai macam tak tercapai-capai jek~
Anyway, hari ni saya nak berkongsi mengenai "journaling & bibliotherapy". Kedua-dua kaedah ini adalah antara kaedah yang boleh digunakan dalam membantu mengurangkan stress. Inilah sebabnya saya curi2 masa untuk menulis di blog ini. Hihi~
Journaling
Ramai di antara kita yang suka menulis diari. Dengan perubahan zaman dan teknologi, penggunaan blog menjadi pilihan. Berbeza dengan diari yang lebih kepada simpanan peribadi, dan selalunya disimpan di tempat yang selamat agar tidak dibaca oleh orang lain; blog pula merupakan medium bagi luahan perasaan & pemikiran, menceritakan pengalaman hidup, berkongsi tips dan sebagainya. Ia purposely untuk tatapan umum.
Journaling atau penulisan adalah terapi yang baik untuk perkembangan diri yang positif. Bergantung kepada keselesaan anda, sama ada anda selesa untuk mendedahkan pemikiran dan perasaan peribadi anda kepada umum atau sebaliknya. Individu yang introvert kebiasaannya akan lebih selesa menggunakan diari disebabkan oleh ciri-ciri personaliti yang tidak gemar mendedahkan perasaan kepada orang lain. Manakala individu yang ekstrovert selesa untuk berkongsi rasa dengan orang lain, maka blog mungkin menjadi pillihan.
picture source |
Tidak kira sama ada anda memilih diari atau blog, penulisan dapat membantu anda melihat pemikiran dan perasaan anda dalam bentuk "fizikal". Ia lebih jelas jika berbanding dengan pemikiran dan perasaan yang hanya tersimpan dalam minda dan hati. Apabila anda menulis, pemikiran dan perasaan yang bercampur aduk dapat dileraikan dan dilihat dengan lebih objektif. Oleh itu, perubahan positif dapat berlaku dengan lebih baik kerana seseorang individu dapat melihat kelebihan dan kekurangan, atau permasalahan sebenar yang dihadapi, seterusnya dapat merancang untuk melakukan sesuatu bagi perubahan diri.
Selain dari itu, penulisan berbentuk luahan pemikiran dan perasaan adalah sangat baik untuk kesihatan kerana apa yang terbeban dalam hati dan minda dapat dizahirkan, dan tidak lagi dipendam sehingga menekan jiwa. Ini adalah fakta yang diketahui oleh kebanyakan dari kita. Penulisan boleh menjadi salah satu alternatif bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk meluahkan perasaan dalam bentuk verbal. Ada sesetengah dari individu yang tidak dapat menyatakan perasaan melalui kata-kata, tetapi mampu menghasilkan penulisan yang baik dan kreatif hasil dari perasaan dan pemikiran yang terpendam.
Bibliotherapy
Bibliotherapy juga merupakan antara cara yang boleh digunakan untuk mendapat insight atau kesedaran mengenai permasalahan yang dihadapi. Terapi membaca ini banyak digunakan dalam REBT, sebagai salah satu dari bentuk intervensi untuk membantu klien menangani masalah.
Bibliotherapy, atau terapi membaca boleh diamalkan dengan mencari buku-buku seperti self-help atau self enrichment. Apabila kita berhadapan dengan masalah dan meluahkan perasaan kita kepada seseorang, kita pasti akan berasa lega apabila seseorang itu memberi pandangan dan idea untuk kita menyelesaikan masalah, dan memberi semangat dan keyakinan kepada kita untuk mengatasi masalah, bukan? Begitulah peranan yang dimainkan oleh buku-buku ini.
This is one interesting fact. Percaya atau tidak, aktiviti membaca boleh membentuk komunikasi satu hala. Which means, apabila anda membaca, anda seolah-olah "mendengar" apa yang disampaikan oleh penulis, sama seperti apabila anda berkongsi masalah dengan rakan anda dan mendengar pandangan rakan anda mengenai masalah yang anda hadapi. Oleh kerana itu, kebanyakan masa apabila kita membaca kita akan rasa lega dari masalah yang membebankan, serta mendapat kesedaran mengenai apa yang sedang kita hadapi dan juga idea dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Pemilihan buku yang tepat juga penting kerana ia somehow menentukan sama ada anda akan menghabiskan pembacaan anda atau sebaliknya. Bergantung pada minat dan keselesaan anda, sama ada anda suka buku-buku yang ditulis secara ringkas, atau anda mahukan buku yang dapat menerangkan pandangan penulis secara terperinci, factual, dan scientific.Sekiranya anda memilih corak penulisan yang tidak kena dengan keselesaan atau minat anda, maka ada kemungkinan pembacaan anda akan menjadi separuh jalan.
Semoga perkongsian kali ini membawa manfaat kepada semua.
Jaga diri! ;)
No comments:
Post a Comment