Sunday, 28 October 2012

Haha, padan muka!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ;)

Sepanjang hidup, kita pasti pernah melalui pengalaman di mana hati kita dilukai, terguris, dan tercalar oleh individu-individu tertentu. Kita pasti pernah berasa sedih kerana rasa dianiaya, rasa ditindas, ditipu dan sebagainya.

Apabila anda mengalami situasi sebegini, kebiasaannya apakah yang anda fikirkan atau harapkan?

a) berharap agar insan tersebut diberi petunjuk oleh Tuhan agar berubah
b) bersabar dan percaya bahawa insan tersebut tidak mempunyai niat yang jahat
c) berharap agar insan tersebut diberi balasan oleh Tuhan atas penganiayaan yang dilakukan

Fikirkan sejenak dan jawab dengan jujur kepada diri sendiri ;)

Jika anda menjawab "a" atau "b", alhamdulillah. Anda mempunyai kesihatan mental dan emosi yang baik, dan imej kendiri yang positif. Walau bagaimanapun, jika anda menjawab "c", tidak bermakna anda tidak sihat mental atau emosi. Anda mungkin berasa terlalu kecewa hingga menyebabkan anda merasakan individu itu harus menerima hukuman yang setimpal.

Inilah yang akan kita bincangkan hari ini :) semoga memberi manfaat kepada semua, termasuk diri saya sendiri.

Selain dari berharap agar individu yang menganiaya itu diberi balasan Tuhan, anda juga mungkin berasa gembira apabila menerima berita yang individu tersebut ditimpa musibah. Anda mungkin berkata "haaa..tu la. padan muka! buat kat orang lagi...kan dah terima balasan! hahaha~"

Padan muke ko! Tu la balasanyeee~~ LOL ;D


Dari mana kita belajar memilih tindakan mendoakan orang yang menganiaya kita agar menerima hukuman yang setimpal?

Manusia membina corak pemikiran melalui persekitaran. Jika kita betul-betul perhatikan keadaan di sekeliling kita, kita mungkin menyedari yang terdapat unsur-unsur yang "mengajar" kita berfikir seperti ini. Contohnya, jika kita ingat cerita-cerita dongeng nenek moyang kita, contohnya cerita si Tanggang, apabila si Tanggang menderhaka kepada ibunya, ibunya mendoakan si Tanggang menerima balasan Tuhan. Akhirnya si Tanggang menjadi batu.



Begitu juga dengan cerita-cerita dongeng mat saleh. Contohnya cerita Snow White. Ibu tiri Snow White yang banyak menganiaya Snow White akhirnya mati terjatuh gaung selepas memberi Snow White makan apple beracun.  

Semua kisah-kisah ini menggambarkan bahawa orang yang melakukan penganiayaan akan menerima balasan yang tidak baik. Kisah-kisah ini sebenarnya membawa tujuan yang baik iaitu agar kita semua menjaga tingkah laku kita dan tidak mengamalkan perbuatan yang tidak baik.

Walaubagaimanapun, terdapat ideologi lain yang diterap dalam pemikiran kita secara tidak langsung, di mana kita mula berharap agar jalan kehidupan kita akan berakhir mengikut jalan cerita-cerita ini -buat baik harus dibalas baik, dan buat jahat harus dibalas jahat. 

Selain itu, ada juga yang berpegang kepada "doa orang teraniaya dimakbul Allah". Oleh kerana rasa teraniaya, kadang kala kita merasakan yang kita ada advantage untuk mendoakan yang tak baik kepada individu itu memandangkan doa kita akan dimakbulkan. Jarang kita mencontohi sikap Rasulullah yang tidak pernah mendoakan perkara yang tidak baik kepada umatnya walaupun mereka melakukan penganiyaan yang jauh lebih teruk dari apa yang kita lalui.

Albert Ellis, seorang psychologist yang juga merupakan pengasas Rational Emotive Behavior Therapy (REBT) mengkategorikan pemikiran seperti ini sebagai pemikiran yang tidak rasional. Beliau menggelarkan pemikiran ini sebagai "musturbation".

Cuba anda bayangkan, orang yang menganiaya anda yang sepatutnya menerima balasan buruk, tetapi hidup aman bahagia dan kaya-raya. Apakah perasaan anda?

Inilah yang dimaksudkan oleh Ellis sebagai "musturbation". Pemikiran kita dikuasai oleh "must" - buat baik harus dibalas baik, dan buat jahat harus dibalas jahat. Sekiranya ia tidak berlaku, kita akan berasa kecewa, marah, dan berasa tidak adil.

Musturbation berkait dengan rules of mind - set pemikiran kita mengenai apakah yang sepatutnya berlaku jika terjadi sesuatu perkara. Sebagai contoh, bila anda mempunyai majikan yang cerewet, anda merasakan yang majikan anda seorang yang kejam kerana pada pemikiran anda seorang majikan harus bertimbang rasa. Atau mungkin ketika anda sedang beratur menaiki bas, anda berasa sangat marah apabila ditolak atau terhimpit oleh orang-orang yang turut ingin menaiki bas. Ini kerana pada pemikiran anda, kalau nak naik bas haruslah beratur.

Cuba anda kenalpasti apakah rules of mind anda ;)

Satu perkara yang perlu kita ingat, dalam kehidupan ini tidak semua perkara boleh kita kawal. Kita juga perlu tahu yang kehidupan ini jauh lebih kompleks berbanding dengan kisah-kisah dongeng yang diceritakan oleh orang-orang tua. Ellis juga menekankan mengenai konsep "acceptance" atau penerimaan diri dan persekitaran. Kita harus menerima persekitaran kita dan tidak menganggap apa yang berlaku di sekeliling kita sebagai penghalang untuk kita berjaya dalam hidup. Tanpa penerimaan ini, kita sebenarnya menghukum diri kita dengan membiarkan diri kita berasa kecewa disebabkan oleh pemikiran kita sendiri.

Apa kata kita re-evaluate our rules of mind sekiranya ia mendatangkan kesan yang negatif kepada kita? ;)

Selamat mencuba & jaga diri!

Wednesday, 24 October 2012

Random Act of Kindness

Assalamualaikum & salam sejahtera semua :)

Have you ever been helped by strangers?Have you ever wonder why did they help, or what benefit did they get when they help you, or why didn't they ask anything back from you?

Are we living in a wonderful world?

Oh, yes. Sure we are :)

But, if the world is wonderful, napela banyak betol berita-berita saban hari mengenai pembunuhan, penculikan, rasuah, pukau dan sebagainya?

It's because when it comes to news, people get excited and curious about threats, danger, and absurdity. Things of beauty and act of kindness don't make the headlines. Imagine that you spotted the headlines : 7000 banks not robbed yesterday or 98% of parents are nice to their children; would you say to yourself  "amazing! I'm going to buy this paper now!"

(Petikan dari buku Happiness in Hard Times by Andrew Matthews)

So, kesimpulannya we are actually living in a beautiful world. It's just sometimes we are focusing too much on negative stimulus that eventually remain calmly in our belief system.

That is why there are people who love to help others and perform what we call random act of kindness ;)


sumber gambar


Random act of kindness is an act perform by a person with the intention to help another person or to make the person happy or to make the world better (which means bukan sahaja kepada orang, tetapi juga kepada binatang dan alam sekitar).

It's like a magic, when you do something good to people you will feel good even the act does not directly benefit you. This kind of act can help you develop positive mood and good self-image.

You can start with small actions such as tolong kembalikan barang yang terjatuh ke tempat asalnya bila jalan-jalan bli groceries, atau tolong tahankan pintu bila ada orang belakang nak masuk, atau tolong siramkan pokok bunga jiran alang-alang anda tengah siram pokok bunga anda.

Last few months, my dad was buying groceries when he saw a car knocked a cat with her kittens. Sekor jek terselamat, so ayah saya pun bawak balik anak kucing tu sebab kesiankan dier yang confirm akan kelaparan sebab mak dier dh takde :( and because dah banyak sangat kucing kat rumah kami, maka ayah saya promote on facebook sape nak kucing ni. Later, one of ayah's friends bitau yang anak perempuannya baru je kehilangan kucing and tgh bersedih. So the girl came with her father (kawan ayah saya) and looked so happy bila kami serahkan anak kucing tu.

You see, positive things attract positive things. Memula selamatkan kucing, and now dah happy-kan budak perempuan tu. Isn't that awesome? :)

It feels good to see other people happy. Lets spread happiness vibes together~

Selamat mencuba! :D

Jaga diri~~


Thursday, 18 October 2012

Dealing with Irresponsible People

Assalamualaikum and hello to all ;)

Pagi saya bermula dengan situasi yang agak tegang apabila berhadapan dengan seseorang yang (pada pandangan saya) nak mengelakkan diri dari beban kerja yang sepatutnya. Oleh kerana saya rasa dah banyak kali saya berhadapan dengan situasi seperti ini, dan selalu jugak saya jek yang asek mengalah, ntah cam mane pagi ni saye berani pulak bertegas :P Dalam keadaan di mana si dia dah tahap muncung sedepa dan cakap pun tak nak pandang muka saya walaupun saya cuba menerangkan niat saya untuk mempermudahkan kerja dier, secretly saya rasa cam nak tergelak pun ader bile tengok reaksi si dia :P hehehehe~

cuak jugak bile orang buat muke camni kat kite :P

In the same time, saya terfikir jugak maybe si dia pun merasakan saya refused responsibility :P atau berkira? sbb tu agaknye muncung sedepa. Tapi tu semua andaian saya. Tak semestinya betul. Dan kalau betul pun, tak pe la...at least he got to learn to be responsible :P

Talking about dealing with people, I actually found a book at MPH last week, tittle How to Deal with People You Can't Stand. Tapi tak beli pun ;p because the price was out of my budget. Last two weeks, I volunteered myself for a survey, conducted by two lectures from IIUM. At the end of the interview, they gave me a RM50 MPH voucher :) so I decided to buy a book related to my field. And the book How to Deal with People You Can't Stand tu terlebih mahal la plak. sebab target tak nak kuarkan duit to get a new book :P but now I'm thinking of buying that book so that at least I would have some ideas when dealing with this kind of situation.

I would definitely share some tips on how to deal with irresponsible people once I have the ideas ;)

Take good care! :)



Wednesday, 17 October 2012

Komunikasi dengan si kecil

 


Assalamualaikum & salam sejahtera semua :)

Terdapat sebuah kisah semasa Perang Badar, para sahabat Rasulullah menangkap seorang anak kecil yang merupakan pengembala kaum Quraisy. Mereka bertanyakan kepada anak kecil itu berapakah bilangan tentera kaum Quraisy tetapi anak kecil itu tidak dapat menjawabnya. Maka mereka pun memukul anak kecil itu. Berita ini sampai ke pengetahuan Rasulullah, lalu Rasulullah bertemu dengan anak kecil itu dan bertanya, “Berapakah bilangan unta yang mereka sembelih?”. Jawab anak kecil itu “lebih kurang 9 hingga 10 ekor”. Maka Rasulullah berkata kepada para sahabat baginda “Jumlah mereka dalam lingkungan 900 hingga 1000 orang”.

Daripada kisah ini, kita boleh mengambil ikhtibar bahawa apabila kita berkomunikasi dengan anak kecil, kita seharusnya menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap pemikiran anak-anak kita. Janganlah kita bertanyakan sesuatu di luar batasan pemikiran anak-anak dan kemudian memarahi mereka kerana mereka tidak dapat menjawab persoalan kita. Cuba anda bayangkan jika seseorang berkomunikasi dengan anda dengan bahasa yang tidak anda fahami, dan kemudian memarahi anda apabila anda tidak dapat menjawabnya, apakah perasaan anda?

Antara cara yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan anak-anak kecil ialah dengan menggunakan bahasa yang mudah. Sampaikan informasi satu per satu dan bukannya secara terlalu banyak dalam satu masa. Selain itu, anda boleh menggunakan analogi yang sesuai untuk memberi pemahaman kepada anak anda. Bercakaplah dengan nada yang lemah lembut, kerana nada yang perlahan lebih senang difahami berbanding nada suara yang tinggi.

Kesimpulannya di sini, adalah penting untuk kita berkomunikasi dengan cara yang mudah dengan anak-anak kecil. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam memperbaiki kualiti anda sebagai ibu dan bapa. Sekian untuk kali ini. Jaga diri! 

:)

Slot Cermin Diri, Sarawak FM

Hehehe...

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam memberi peluang kepada saya untuk mencuba pengalaman baru ini :)

Bukan senang nak cakap kat radio nih :P


Sunday, 7 October 2012

The antidotes

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

A friend of mine posted this on her Facebook wall, and I would love to share this with you guys out there ;)



Isn't it interesting? ;) Allah has promised "semua penyakit ada ubatnya".

This is a reminder for myself.

Please read the Al-Quran every day!


Tuesday, 25 September 2012

Crying

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Today is supposed to be a happy day. Despite the good news I received, I was sprinkled with some negative comments that formed an emotional attack, and led me to almost-an hour-of-tears. So I silently cried in my office room.

While crying, I told myself not to cry too hard. I told my heart to be strong. Yet I believed that I would felt relieved after sob my heart out. It's true. Everyone knows it's true.

Crying is a response towards sorrow and frustration, and it is a natural way to reduce emotional stress. Some people say that suppressed stress can lead to many health complication such as cardiovascular disease, as well as psychological effects like depression. Thus, by letting the stress out via tears may help to reduce the risks of physiological & psychological problems.

I once read that crying can lower our blood pressure and pulse rate. Crying is like a body therapy that helps us to let go negative feelings that we hold. On top of that, it can functions as first aid, an express way to mend our heart.  Crying can also wash out toxins from our body & reduce maganase level - a mineral which affects mood (found 30 times greater concentration in tears than in blood serum).

So let's cry! Haha~



Hingga jumpa lagi. Jaga diri!

Assalamualaikum~